Angka Inuit

Angka Inuit atau juga dikenali sebagai angka Kaktovik Inupiaq[1] ialah sistem angka yang digunakan dalam bahasa Inuit, salah satu dari bahasa-bahasa Eskimo. Sistem ini menggunakan sistem pengiraan berasaskan 20 yang memiliki sub-asas pada 5,10 dan 15.Oleh kerana sistem Angka Arab tidak mencukupi untuk mewakili sistem asas 20, pelajar-pelajar dari Kaktovik, Alaska telah mencipta satu sistem angka khas yang kemudiannya digunakan dengan meluas di kalangan orang Iñupiaq di Alaska. Ia seterusnya tersebar ke negara-negara lain di mana bahasa Inuit dituturkan.[1]Sistem ini telah membantu menghidupkan kembali kaedah pengiraan Inuit, yang semakin pupus di kalangan penutur Inuit disebabkan penggunaan sistem asas 10 di sekolah-sekolah. Berikut ialah nombor-nombor Inuit dari 1–19 dan seterusnya 0.